BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 25, 2009

Cuba memahami...


Empat pemimpin Umno bahagian Kuala Krai berminat mencabar PAS pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai susulan kematian penyandangnya Ismail Yaacob, Jumaat lalu..Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Khamis ini dan dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi kerusi tersebut...-Malaysiakini

Manek Urai merupakan salah satu tempat yang terdapat di daerah Kuala Krai, Kelantan. Ia terbahagi kepada dua iaitu Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama. Pilihan raya ini merupakan pilihan raya ke tujuh yang diadakan di Malaysia selepas pilihan raya umum ke 12 berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri 5:55 pagi 22 Mei 2009 di Hospital Rja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.

Di pejabat skrg ini, suasana agak "sibuk" almaklumlah misi terbaru tanpa disangka-sangka, "
Pilihan raya Manek Urai 2009".. selepas sarapan, kak Huda& kak Jha pun mengajak diri ini pergi Kuala Krai naik kereta dorang..bukan apa kami pergi ngan kereta sendiri senang skit nk blk..pergi ngan kereta pejabat, silap2 haribulan malam baru merangkak nk blk..huhu..diri ini pun berpeluang la "berjalan2 sambil makan angin" ikut staf ke pejabat Jabatan Hal Ehwal Khas di Kuala Krai..
perjalanan ke Kuala Krai mengambil masa lebih kurang sejam lebih dari Kota Bharu..sesampainya disana, mengemas apa yg patut dulu coz pejabat disana baru je lg..pastu diri ini diberi tugasan mewarna peta..tengoklah "peta" hasil buatan diri ini seharian mewarna guna paint..huhu..tp "comel" gak kan??hehe..terkial-kial gak seposen. Tak penah2 guna paint, mana nk reti..slalu guna yg canggih manggih terus (adobe) hahaha.. Mujurlah pengalaman byk mengajar diri ini...pada pukul 5.15 petang kami bertiga pun pulanglah smula ke opis, 6.30 petang baru smpai..terpaksa diri ini kembali smula opis bukan apa tapi sbbnya moto abah yg ku guna untuk pergi ke opis kutinggalkan disana..Kalau ikutkan hati boleh je diri ini suruh kak Huda yang memandu menghantar pulang coz jalan pulang@pergi mmg kena lalu jalan yg sama ku pergi kerja...Sebenarnya diri ini masih cuba memahami hal2 berkaitan politik..huhu..Soooo begitulah critanya..sampai sini dulu yea..nnt ada maklumat terkini mengenai pilihan raya ini, akan diri ini coret lagi..adioSS..

0 comments: