BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 16, 2009

16 Mei 2009

“Asalamualaikum cikgu!” Itulah di antara kata-kata hikmat yang diucapkan kepada guru setiap hari. Kata-kata tersebut dilafazkan sama ada di bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Dengan erti kata yang lain, kita sebagai seorang murid perlu sentiasa menghormati guru tidak kira di mana sahaja berada. Menghormati guru sama seperti kita menghormati kedua ibu bapa kita.

Semua tahu anak kecil yang comel adalah manusia yang tidak akan terlepas melakukan kesalahan. Jika itu berlaku, adakah kesilapan itu perlu diulang? Guru lah yang selalu membaiki dan menjadikan ia ikhtibar bg diri anak kecil yg comel tadi. Guru sentiasa menunjukkan sikapnya yang bersemangat seterusnya melahirkan satu aura yang dapat dirasai oleh murid. Guru bukan hanya mengajar murid semata-mata untuk menjadi pandai, lebih dari itu unsur kemanusian dan kemenjadian murid ke arah modal insan yang terbaik atau lebih berkesan lagi guru merupakan seorang "pembimbing, penjaga, pemudahcara". Memang berat tugas yang dipikul oleh seorang insan bergelar guru, namun itulah padang mereka. Jika kita berlari lalu tersungkur, bangkitlah dan mula aturkan langkah baru. Jika itu berlaku, jangan salahkan padang sahaja tetapi mungkin ada kesilapan ketika aturan langkah tadi. Cuba lihat ke dalam diri, pasti nampak kekuatan diri mengatasi kelemahan. Bidang perguruan memerlukan jiwa yang kental. Jiwa yang tidak akan mengalah dan lemah kepada teguran sinis. Jika hampir terlena, sedarkan diri dengan pemikiran bahawa jiwa yang perlu diisi dengan ilmu dan sentuhan kemuliaan. Guru di ibaratkan pembina ukiran ais, penuh perhatian dan kesabaran. Digunakan segala kemahiran bukan dengan kekasaran yang boleh meruntuhkan jiwa anak-anak mereka. Selamat Hari Guru 2009 kepada semua guru di Malaysia. Jadilah Guru Terhebat !!!

sELamat Hari GuRu..sELamat Hari GuRu..sELamat Hari GuRu..bising je diri ini mengacau mama yang sedang bercakap ngan abang long pas2 ngan kak ngah melalui telefon semalam..dorang ni sebenarnya cikgu..sbb tu best je adik dia yg sorang ni mengacau..huhu.. Oleh itu.............

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru yang pernah mengajar diri ini di SRK Kem Batu 10 Sibu, Sarawak, SK Bukit Marak, SMU(A) Ma'ahad Muhammadi Lilbanat, SMKA Naim Lilbanat, Universiti Sains Islam Malaysia. Terima Kasih Cikgu;-)

0 comments: