BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 12, 2009

terdiam sepi..

Bismillah..
Agak sepi, sunyi dan seangkatan dengannya mmg agak sesuai utk carpet cyber diri ini..cetusan idea tidak dapat dicoretkan dek masalah2 yang menimpa, juga kepadatan program yang memerlukan komitmen yang di pertanggungjawabkan serta tugasan masa depan yang blm siap2 sehingga saat ini..

Alhamdulillah..sehingga saat ini Allah masih memberi nyawa yang amat berharga untuk terus beribadah dan membuat kebajikan..syukur Alhamdulillah..Pesta konvokesyen ke-7 berakhir, program2 sampingan berakhir..tp amanah yang dipertanggungjawabkan masih belum dapat disiapkan dengan sempurna..bila difikirkan, terlalu besar dosa untuk dihitung..Ya Allah permudahkan semua urusanku ini..berilah hambamu kekuatan yang sentiasa teguh..kesihatan yang baik dan berpanjangan dan lancarkan segala pergerakanku ini dengan rahmatMu..Ameen..







Wednesday, June 3, 2009

windunya kat rowing..

Tetiba rasa sunyi..

Emm bile kat kampus mcm2 bleh wat..smua benda diri ini msk..huhu..perkara paling best berhitam legam sama2 kawang2 berpanas berhujan bermendung berair dan mcm2 ag ber ber ber.....rindunya semua tue..:'(

MASUM baru je berakhir..tahniahla wat adik2 yang dapat teruskan menghantar wakil acara "rowing" dari USIM..dlu time Varsity Boat Race..diri ini diberi peluang main bot 4-..mmg pulun habis-habisan..training bulan posa xtahannya..huhu mmg satu pengalaman yg xdapat diluahkan dan digambarkan..dahaga&penat Allah je yang tau..tgh2 panas kami turun, naik je darat mst terbaring bagaikan xmakan bertahun..syukurlah negara kita aman damai lagi..bebas dari segala keperitan&kepayahan..itulah yang menguatkan kami tentang erti bersyukur..ha nak citernya berkat kami berusaha kami berjaya memenangi tempat ketiga bg acara 4- women..lawannya UTM, UNIMAS, ANTEANO dari Filipina..hebatla gak..huhu..diri ini mcm besala jd "phaser" (hehe..istilah yg baruku tau untuk rower yg duk dpn..mekacih yea dak sabah yg sudi berkongsi ilmu:-D )..yana rower no.3, kak zeti rower no.2 & the last one, bdk comot+merangkap kembar jd "bow man" yg mana org bertggungjwb bw ktorg bersiar2 kuar line&sebagainya..hahaha..mmg agak dahsyat time 2..

Bayangkan.. diri ini&kak zeti (stroke) terpaksa slow kan kayuhan coz belah kayuhan bdk comot+merangkap kembar (bow) dah xtahan hingga melecet..angin kuat time 2..cian btl ngan dorang..tp kami row main2 jela time tue coz tgk dari segi persaingan kami mmg akan tetap dapat pingat gak walaupun sekadar gangsa..hahaha..hepi tak terkata dah..sesampai je kat grangstand mmg kuat btl diri ini terdgr sorokan yang membina..akhirnya kami sampai gak di garisan penamat..fuhhh penat...
Kesimpulannya..berusahalah bersungguh2 selagi ada daya..windunya ngan rowing..jeles bangat pada adik2 dan kwn2 yang dpt main lagi....zat....jom main lagi..huhu..mekasih tak terhingga jg buat sis yoo rin (kak yana cyg) kami yg mmg xpenah jemu bg smgt..pada senior2 rowing, adik2 junior, pusat sukan USIM dan smua2 la...best rowing ni...walaupun menghitamlegamkan hampir seluruh muka anda..cubalah rasai kehebatannya..hehehe;-)

Wednesday, May 27, 2009

"Biar anak main semba"

Eda dan Halim, pasangan suami isteri muda yang baru mempunyai seorang anak berusia setahun. Pada satu hujung minggu, mereka bercuti di rumah ibu bapa Halim di Perak kerana ada kenduri kesyukuran akan diadakan. Disebabkan mereka sibuk berkemas dan menyediakan makanan untuk kenduri pada malamnya, anak saudara mereka, Nani yang baru berusia 12 tahun diberi tanggungjawab menjaga anak mereka. Setelah kerja mereka selesai...

Halim: Syiqah kat ner??
Eda: Ada kat bwh!
Halim: Sapa jaga??
Eda: Nani, ...tadi Nani ada cakap Syiqah main Simba, bebay anak singa dia tulah.
Halim: Baru kejap ni tadi abang nampak bebay tu ada kat dalam bilik.
Eda: Hai, tadi Nani kata dia main Simba...Jom tengok bwh..
Apabila sampai ke bawah rumah, mereka terkejut...
Halim: Nani!!!! Apasal biar Syiqah main pasir tu??Kamu tengok aje ker??Kang disuapnya ke mulut, entah ada taik kucing ke, taik angsa ke, dalam pasir tu?!
Nani: Tadi Nani dah bgtau Kak Cik yang Syiqah main semba. Kak cik kata biarkan, tu pasallah Nani biarkan je, kalau Nani dulu masa kecik, main semba tentu mak marah, dia tarik telinga sebab selalunya lepas main semba kaki tangan gatal2, terus berkudis. Tapi td kak cik suh biarkan Syiqah main semba... Sekarang ni Nani plak yang kna marah, wa!! wa!!.....(menangis dan terus lari ke bilik)
Halim: Yang awak suruh Nani biarkan biarkan Syiqah main pasir kenapa??
Eda: Bila plak Nani ada bgtau Syiqah main pasir??Tadi Nani ckp Syiqah main Simba. Tu pasallah saya srh biarkan. Kalau main pasir xblhlah...
Halim: Yang awak xdgr btl2 tu kenapa??Nani kata semba bukan Simba!
Eda: Semba tu apa??
Halim: Pasir!! Itupun tak tau??
Eda: Kita orang Johorlah!! mana tau cakap Perak!!
Halim:Dah jadi menantu orang Perak, blajo ler sikit2 ckp Perak. Dah 2!! Tak payah bertekak lagi. Bawa anak awak tu masuk bilik air, mandikan ngan Dettol!!

Semba-pasir
Bebay-teddy bear

Dipetik dari berita Harian

Hahaha..moralnya..banyak2 la bergaul ngan org sekeliling..lagi2 ngan warga emas di kampung2 kita kerana tiap "loghat" itu amat bermakna untuk kita generasi moden skrg..tak rugi bermesra, bercakap, join mereka kat madrasah terdekat ngan umah..silap2 haribulan dorang berkenan jdkan menantu..hehe saje jer kita kgsi2..daa~

Monday, May 25, 2009

Cuba memahami...


Empat pemimpin Umno bahagian Kuala Krai berminat mencabar PAS pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai susulan kematian penyandangnya Ismail Yaacob, Jumaat lalu..Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Khamis ini dan dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi kerusi tersebut...-Malaysiakini

Manek Urai merupakan salah satu tempat yang terdapat di daerah Kuala Krai, Kelantan. Ia terbahagi kepada dua iaitu Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama. Pilihan raya ini merupakan pilihan raya ke tujuh yang diadakan di Malaysia selepas pilihan raya umum ke 12 berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri 5:55 pagi 22 Mei 2009 di Hospital Rja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.

Di pejabat skrg ini, suasana agak "sibuk" almaklumlah misi terbaru tanpa disangka-sangka, "
Pilihan raya Manek Urai 2009".. selepas sarapan, kak Huda& kak Jha pun mengajak diri ini pergi Kuala Krai naik kereta dorang..bukan apa kami pergi ngan kereta sendiri senang skit nk blk..pergi ngan kereta pejabat, silap2 haribulan malam baru merangkak nk blk..huhu..diri ini pun berpeluang la "berjalan2 sambil makan angin" ikut staf ke pejabat Jabatan Hal Ehwal Khas di Kuala Krai..
perjalanan ke Kuala Krai mengambil masa lebih kurang sejam lebih dari Kota Bharu..sesampainya disana, mengemas apa yg patut dulu coz pejabat disana baru je lg..pastu diri ini diberi tugasan mewarna peta..tengoklah "peta" hasil buatan diri ini seharian mewarna guna paint..huhu..tp "comel" gak kan??hehe..terkial-kial gak seposen. Tak penah2 guna paint, mana nk reti..slalu guna yg canggih manggih terus (adobe) hahaha.. Mujurlah pengalaman byk mengajar diri ini...pada pukul 5.15 petang kami bertiga pun pulanglah smula ke opis, 6.30 petang baru smpai..terpaksa diri ini kembali smula opis bukan apa tapi sbbnya moto abah yg ku guna untuk pergi ke opis kutinggalkan disana..Kalau ikutkan hati boleh je diri ini suruh kak Huda yang memandu menghantar pulang coz jalan pulang@pergi mmg kena lalu jalan yg sama ku pergi kerja...Sebenarnya diri ini masih cuba memahami hal2 berkaitan politik..huhu..Soooo begitulah critanya..sampai sini dulu yea..nnt ada maklumat terkini mengenai pilihan raya ini, akan diri ini coret lagi..adioSS..

Saturday, May 23, 2009

kacang soya yang sedapp..

Kacang soya juga dikenali sebagai Glycine max merupakan salah satu daripada 7 “super foods” di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalangan masyarakat Cina.

Kacang soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan. Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-
  • Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.
  • Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.
  • Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.
  • Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkanmasalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.
  • Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.
Walaupun kacang soya memiliki pelbagai ciri yang merangsang kesihatan badan optimum, anda mesti berhati-hati semasa membuat pilihan jenama di pasaran.
Bagaimanakah memilih makanan tambahan kacang soya yang terbaik di pasaran?
  • Mesti memastikan barangan tersebut bebas daripada toksin dan “heavy metals”, bakteria, kulat dan aflatoksin serta racun serangga.

  • Barangan soya sensitif terhadap kontaminasi, jadi mesti diproses di kilang yang diiktiraf HACCP(RvA) dan ISO9001:2000(UKAS), barulah dikatakan selamat dimakan.
  • Pastikan kacang soya adalah bebas daripadaUrinase Enzyme supaya tidak mendatangkan masalah gout.
  • Pastikan nisbah protein kapada karbohidrat adalah di dalam lingkungan 0.6-1.0 supaya tidak menjadikan anda gemuk atau menghasilkan bebanan kepada fungsi ginjal.
  • Pastikan barangan tersebut adalah “wholesome” dan bukan hanya protein soya isolate sahaja.
  • Pastikan ia kaya dengan asid amino perlu, asid lemak omega-3, dan zat kalium.
  • Pastikan ia bebas daripada bahan “thickener” dan perasa tiruan.

Kesimpulannya, kebaikan kacang soya demi kesihatan memang memberangsangkan. Akan tetapi, anda mesti memastikan ciri-ciri keselamatan barangan sebelum ia digunakan untuk jangka panjang.

PESANAN:Pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.

(Kim, Lin-Keong (2005) , Kacang soya & Kesihatan wanita. Majalah Rapi, edisi 1 Oktober 2005, bilangan 29)

khasiat kacang soya untuk wanita..
Khasiat protein kacang soya dapat disamakan dengan dua kali protein daging, empat kali telur, empat kali gandum, lima atau enam kali roti dan dua belas kali susu. Hasil kajian juga mendapati protein kacang soya bukan sahaja tinggi, tetapi baik dari segi kualitinya. Kacang soya dapat membantu keperluan wanita, di antaranya adalah, kacang soya membantu perkembangan otak, mempertingkatkan kadar metabolisme badan seterusnya serat yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

(Erny Hernani Hashim (2005), Khasiat kacang soya untuk wanita. Majalah Rapi, edisi 1 Disember 2005, bilangan 33)

dipetik dari : www.nurcahaya.zoomshare.com

Thursday, May 21, 2009

Kerja dalam satu keluarga..

11.15pagi..perjumpaan bersama Pen. Pengarah pentadbiran dan Kewangan, En. Wan Hussin Wan Yusoff bersama-sama staf bahagian Pentadbiran dan Kewangan seramai 7orang termasuk diri ini..En. Wan ingatkan kembali pada stafnya ttg moto bahagian ini iaitu "Teratur, Kemas, Tepat"..

Wah agk dingin suasana perjumpaan..emm besala mcm2 isu yg dinyatakan, dibangkitkan, dihuraikan..pjg lebar..semua masalah dibincangkan bersama agar pelbagai permasalahan dapat segera diselesaikan..Sedikit peringatan diberikan pada kami semua..."kita hendaklah bekerja dalam satu keluarga, saling tolong-menolong atr satu sama lain, saling hormat-menghormati"...mmg mcm2 bila kita dlm suasana alam pekerjaan yg sebenar..amat berbeza walau ada persamaan gak..dlm meting bersama rakan2 kita msh blh bergurau senda dan bermain..tp kenala ingat jg Syaidina Ali ada berpesan, " Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah kamu seperti kamu akan mati esoknya."...So janganlah asyik bermain je..

Dipenghujung pertemuan, diri ini diberi peluang bercakap..hah peluang baik. Masa yg ku tunggu2...hehehe..adala sikit kata2 yg terkeluar dr mulut ini..nk tau?? rahsia alam..huhu

Selepas itu, khoje ku mcm hari2 sebelumnya...

Tuesday, May 19, 2009

Emm..

Bismillah..
Seperti biasa diri ini menjalankan rutin harian di tmpt praktikal..pg2 diri ini akan "merehatkan" diri seketika sbbnya dh mmg xdop kijer..huhu..krja diri ini pg2 mestilah mengadap komputer, bc surat khabar, makan..hahaha..pastu barula bermula kerja. Hari nie, diri ini disuruh merekodkan data staff guna excel..lagi?? failing..lagi?? diberi penerangan dalam bab D yang menceritakan ttg tata kelakuan & tatatertib bg seorang penjawat awam..hah segar mata ini mendengarnya..

Kul 5 petang mcm besala xsmpt2 nak blk..huhu..diri ini bersiap sedia utk naik moto..pitt pitt..hai "mamat" mana plak ni..ishh, dia tgur diri ini..adoii bab ni la yg xtahan..diri ini jawab ala kadar sdh..em yang diri ini plg germnya dia ikt plak. Katanya, umh nenek dia dkt ngan umh kwsn umahku..maknanya adalah dia duk tny2 sebelum ni..adoila..em mcm2 btl "mamat kastam" sorang ni..memecutla diri ini bw moto..huhu bahaya2..so kesimpulannya kt sini..jagala diri baik2..doakan diri ini selamat slalu..:-I moga2 hari mendatang xdela org duk ganggu lg Ameen..risau gak..hukhuk


Perkara Sebelum Tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meredhai kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...

" Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an."

"Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat dihari kiamat"

"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meredhai kamu."

"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

Monday, May 18, 2009

Islam itu Mudah

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". (QS. 2:286)

Apa yang ditegaskan oleh Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah; ayat 280 di atas, Allah tidak membebankan hambaNya melainkan dalam lingkungan kemampuan manusia. Menurut prinsip Islam, semua perintah, tanggungjawab dan bebanan adalah dibuat dan dilaksanakan mengikut keupayaan manusia. Betapa indah dan mudahnya Islam itu.

Rasullullah S.A.W. juga bersabda bagi memperjelaskan lagi perkara ini, melalui hadisnya yang telah diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi yang bermaksud : Sesungguhnya Islam itu mudah.
Secara umum, perkataan mudah dan payah agak subjektif. Neraca pertimbangan yang paling tepat digunakan ialah samada perkara itu satu bebanan yang tidak berupaya manusia melakukan atau faktor persekitaran menyebabkan lingkungan keupayaannya terbatas..

Diri ini selalu ditegur agar selalu mengingati terjemahan ayat Al-Quran diatas..emm thanks kerana sudi menjadi sahabatku..

Sesungguhnya Allah Menyayangimu..

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis,

Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?

Jawab baginda, Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.

(Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang. Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da Wad Dawaa, Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,

Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.

Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,

Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.

(Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu...

-sumber diambil dari laman tazkirah;-)

Sunday, May 17, 2009

Minggu ke-2..hari pertama..

Bismillah..

Baju hijau kusarung..amik 'fell' katakan..moga2 ada kerja utkku..
7.50 sampai opis..em tengok staf perempuan duk kalut kat pantri..rupa2nya ada jamuan pagi ni..ada seorg ustaz bawa nasi berlaukkan "serati" & sotong..wah mcm best & mmg best..hehe..diri ini bab makan pyh tolak rezeki. Semua makan..jns xmemilih. Selesai makan dan tolong wat apa2 yg sepatutnya, tepat jam 9.45 pg ada taklimat b'sama Pemangku Pengarah Negeri JASA - ustaz Mat Wi Abd Rahman..diri ini diperkenalkan secara rasmi dalam sesi taklimat tersebut..seganpun ada..yela sebut je nama diri ini ada je pakat sambung nama lain yang sinonim ngan nama diri ini..tersenyum simpul dibuatnya:-)

Sejam kemudian taklimat berakhir..kejap plak taklimat ni..t'pk jap, kalau ktorg punya meting 2jam lbh belum tentu habis ag..hehe sori bos;-) Al-maklum agenda kami lbh besar..bos mmg terbaikla..then diri ini diberi tugas belajar cara "failing"..dudukla diri ini mengendalikan borang2 baucer yang bertimbun..tp kejap je diri ini buat..tekun katakan..hehehe..org rehatpun still sambung ag..tp slps itu bereslah..diri ini pun termenungla sejenak depan komputer sambil layan internet dan kawan2..ngah syok2 ust. Sakri datang dan suruh diri ini membuat pengiraan dengan angka yang banyak..mujurla diri ini xbuta matematik..dapatla diri ini siapkan task yang diberi..slps itu, dia meminta diri ini membuat analisa pilihanraya guna "Microsoft Office Excel". Buatlah diri ini ngan berhati-hati..sbbnya jarang guna excel so agak takutlah nk tonjolkan diri..hehe macam2la..tapi setle gak akhirnya..Alhamdulillah..

Selesai semuanya, tepat jam 4 petang, CC panggil diri ini dan beri penerangan mengenai cuti2 yang terdapat bagi seorang penjawat awam..wah best plak diri ini dgr..patutlah rakyat Malaysia berkejar-kejar memilih kerja ngan kerajaan rupanya byk faedah walaupun kadang2 kita terasa penatnya bagai "kuli"...pas2 diberi penerangan bagaimana pengiraan anggaran pencen, Ganjaran & GCR bagi persaraan wajib..semuanya b'sistem so senanglah..huhu..habis bab tu, CC minta diri ini wat surat kiriman rasmi untuk dihantar pada penolong pengarah Jabatan Kerja Raya untuk memohon menilai kos pembaikian kenderaan jabatan..dah selalu sangat kena wat surat tme blaja utk program2 so xsusah utk diri ini siapkan ngan cepat..kurang 15 minit diri ini dah setlekan beserta dapatkan tanda tgn..hebat tak??wah prasan..hehe saje hepikan diri..:-) papepun xlupa utk diri ini ucapkan ribuan terima kasih utk pegawai kt USIM..terutamanya buat En. Md. Ishah & Cik Rohimah banyak bantu diri ini m'buat surat dan xpernah jemu baiki ayat2 diri ini yg kadang2 pening..hehe..xlupa jg utk Big Bos & SUA yang comot..jgn marah:-)

Saturday, May 16, 2009

16 Mei 2009

“Asalamualaikum cikgu!” Itulah di antara kata-kata hikmat yang diucapkan kepada guru setiap hari. Kata-kata tersebut dilafazkan sama ada di bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Dengan erti kata yang lain, kita sebagai seorang murid perlu sentiasa menghormati guru tidak kira di mana sahaja berada. Menghormati guru sama seperti kita menghormati kedua ibu bapa kita.

Semua tahu anak kecil yang comel adalah manusia yang tidak akan terlepas melakukan kesalahan. Jika itu berlaku, adakah kesilapan itu perlu diulang? Guru lah yang selalu membaiki dan menjadikan ia ikhtibar bg diri anak kecil yg comel tadi. Guru sentiasa menunjukkan sikapnya yang bersemangat seterusnya melahirkan satu aura yang dapat dirasai oleh murid. Guru bukan hanya mengajar murid semata-mata untuk menjadi pandai, lebih dari itu unsur kemanusian dan kemenjadian murid ke arah modal insan yang terbaik atau lebih berkesan lagi guru merupakan seorang "pembimbing, penjaga, pemudahcara". Memang berat tugas yang dipikul oleh seorang insan bergelar guru, namun itulah padang mereka. Jika kita berlari lalu tersungkur, bangkitlah dan mula aturkan langkah baru. Jika itu berlaku, jangan salahkan padang sahaja tetapi mungkin ada kesilapan ketika aturan langkah tadi. Cuba lihat ke dalam diri, pasti nampak kekuatan diri mengatasi kelemahan. Bidang perguruan memerlukan jiwa yang kental. Jiwa yang tidak akan mengalah dan lemah kepada teguran sinis. Jika hampir terlena, sedarkan diri dengan pemikiran bahawa jiwa yang perlu diisi dengan ilmu dan sentuhan kemuliaan. Guru di ibaratkan pembina ukiran ais, penuh perhatian dan kesabaran. Digunakan segala kemahiran bukan dengan kekasaran yang boleh meruntuhkan jiwa anak-anak mereka. Selamat Hari Guru 2009 kepada semua guru di Malaysia. Jadilah Guru Terhebat !!!

sELamat Hari GuRu..sELamat Hari GuRu..sELamat Hari GuRu..bising je diri ini mengacau mama yang sedang bercakap ngan abang long pas2 ngan kak ngah melalui telefon semalam..dorang ni sebenarnya cikgu..sbb tu best je adik dia yg sorang ni mengacau..huhu.. Oleh itu.............

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru yang pernah mengajar diri ini di SRK Kem Batu 10 Sibu, Sarawak, SK Bukit Marak, SMU(A) Ma'ahad Muhammadi Lilbanat, SMKA Naim Lilbanat, Universiti Sains Islam Malaysia. Terima Kasih Cikgu;-)

???

Baitie..baitie..diri ini terdengar org pggl..sape??diri ini bermonolog..tme itu diri ini sdg menunggu lampu utk hijau dgn keadaan berhelmet, enjin moto kedengaran sini sana..diri ini pun pandang ke blkg, lor miniey & liza rupanya..dorang pun bermotor gak pergi ke tmpt praktikal..yang bezanya dorang sentiasa "berdua", diri ini keseorangan. Tp itu xpatahkan semangat diri ini untuk bekerja dan menjalankan rutin seharian. Sbb dh mmg dari awal diri ini m'cari tmpt utk praktikal yg mmg tidak terdapat pelajar USIM yang rata2nya hampir setiap jabatan mmg terdapat pelajar USIM..wah kayanya USIM ngan pelajar Kelantan..hehe jgn jeles yea.. nak citernya kt sini, diri ini rasa agk terkilan sbbnya kawan2 diri ini dpt praktikal di sebuah syarikat "digital"..em agk bykla benda yang dpt dipelajari berkaitan dgn subjek kt "U"..kami sempat borak2 kejap walaupun agk payah sebenarnya utk kami berbuat demikian. Terfikir sejenak mcmn la ngan nasibku..huhu..

Thursday, May 14, 2009

"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri"

Belajar ni mesti ZERO to HERO...kata2 penyunting smgat seorang sahabat buat diri ini yang slalu "pening2 lalat" utk tentukan hala tuju hdp,selesaikan mslh dan mcm2 ag la..plg pyh lg bab memilih sesuatu..mmg t'lalu pyh..huhu...wah pelikkan?? ..tapi itula hakikat..dlm "kebosanan" ni mmg mcm2la pk.. sbnrnya ari ke4 praktikum ni agk bermaharajalela p'kataan 'bosan' tu..coz ari ni mmg xdop kije..diri ini dh pening apa nk ltk dlm buku log ni..adoii yaa...:-(

Staf ramai cuti..cuma smlm ada sorang staf yg baru msk lps hntr anknya ke matrc P.Pinang, pggl diri ini dan ajr something new..nk tau apa??jeng jeng jeng 'key in' eSPKB..apa tue??

eSPKB = Sistem Perancangan & Kawalan Belanjawan Elektronik...fungsinya utk memenuhi keperluan kawalan kewangan serta keperluan maklumat kewangan projek2 perintis. Transaksinya diguna pakai dlm gantikan dokumen manual..ha inila dia yg diri ini blaja smlm..diterangkan jg hal2 b'kaitan ssbuah syarikat dan peranan bg sorang p'jawat awam..huhu

Actually tmpt diri ini praktikum mmg lari sgt dari bidang asal yg blaja "Quranic with Multimedia"..tp xpela bnd baru kita kena sbr utk menuntut..
"Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana"...so kenala b'mula dari bnd yg kite xtau..Hoo Hoo Hoo:-)

Ari ni plak t'cipta "sejarah baru" diri ini sbb dpt hasilkan blog..haha..bdk Quranic Multimedia tp xbape reti ngan kmputer..heran tp tetap canggih..hehe..mmg mengadap dpn skrin ni dr pagi2 lg lps slesai mkn nasi kerabu beramai2 ngan smua staff..

So...amikla kata2 nie..tenung baik2;-)

"Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain"

"Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari"

Sesat yang lepas ini adalah dunia baruku..:-) Yeah..

Wednesday, May 13, 2009

sabar..sabar..

hidup ni kena byk bersabar..diri ini salah seorang yang kdg2 agk kurang sabar..tapi bila terlintas sesuatu perkara yang dapat membuat diri ini tersenyum..semuanya dapat kembali normal..senang je nak ceria sbb mmg dah jns hepi je..tapi ap ek??hehehe..adala.."admire kot" hahaha..

nak tau nape kna sabar???sebabnya diri ini skrg ni 'tahap cipan' geram ngan org merokok..:@ dorang ni xtau baik buruk..eish

Merokok ni sebenarnya hanyalah satu tabiat yang dilakukan oleh seseorang individu tanpa disedari. Dulu2 kononnya ikt kwn sebatang je..last2 sebungkus trus..

Ketagihan yang dikatakan itu hanyalah alasan yang dibina oleh perokok untuk terus merokok.

Untuk berhenti merokok tiada cara lain yang diperlukan, hanya satu iaitu AZAM yang kuat. Yang lain anda tidak perlukan. Ei tolongla jangan merokok..geramnya..

Diri ini berani katakan bahawa perokok terus merokok kerana ianya sengaja memberi alasan untuk merokok dan tidak mau berhenti merokok!

Kenapa, sepanjang hari pada bulan Ramadhan mereka boleh berhenti merokok?
Pelik bukan?
Tepuk Dada, tanya paru-paru, dan lihat poket, dah berapa banyak wang dibakar begitu sahaja menjadi asap yang menyakitkan hati org lain..

mst pelikkan napela diri ini duk bebel??..sbbnya tmpt diri ini duduk skrg tergolong dari golongan yang kuat merokok...aduhai kerongkong sabar jela...blik umh nnt mulala sibuk mencari ubat sakit tekak...mmg allaergic btl...sbb 2 geram ngan perokok..huhu

Baru nak merangkak...

testing..testing..Bismillah..

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…

Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku.

Kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta

keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang
sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..

zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..
lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..

nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..

kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang..

..i'm still newbie..umm almaklum xpenah nak rajin wat blog ni..pk pny pk teringin gak nak try..papepun thank you, xie xie ni kat sorang hamba Allah ni:-) dia byk bg smgt suh try jd 'blogger'..kata2 kat ats tu diri ini suka melayan..byk makna dan kadang2 terkena dengan diri ini..kena byk muhasabah lagi ni:-(

now..ngah praktikum sbnrnya..ari ni dah msk hari ke4 diri ini 'melepak' cni..katner?? kat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan Malaysia..huhu xdpt nak bayangkan kerja cni..sabar jela..moga Allah permudahkan semuanya..Ameen