BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 27, 2009

"Biar anak main semba"

Eda dan Halim, pasangan suami isteri muda yang baru mempunyai seorang anak berusia setahun. Pada satu hujung minggu, mereka bercuti di rumah ibu bapa Halim di Perak kerana ada kenduri kesyukuran akan diadakan. Disebabkan mereka sibuk berkemas dan menyediakan makanan untuk kenduri pada malamnya, anak saudara mereka, Nani yang baru berusia 12 tahun diberi tanggungjawab menjaga anak mereka. Setelah kerja mereka selesai...

Halim: Syiqah kat ner??
Eda: Ada kat bwh!
Halim: Sapa jaga??
Eda: Nani, ...tadi Nani ada cakap Syiqah main Simba, bebay anak singa dia tulah.
Halim: Baru kejap ni tadi abang nampak bebay tu ada kat dalam bilik.
Eda: Hai, tadi Nani kata dia main Simba...Jom tengok bwh..
Apabila sampai ke bawah rumah, mereka terkejut...
Halim: Nani!!!! Apasal biar Syiqah main pasir tu??Kamu tengok aje ker??Kang disuapnya ke mulut, entah ada taik kucing ke, taik angsa ke, dalam pasir tu?!
Nani: Tadi Nani dah bgtau Kak Cik yang Syiqah main semba. Kak cik kata biarkan, tu pasallah Nani biarkan je, kalau Nani dulu masa kecik, main semba tentu mak marah, dia tarik telinga sebab selalunya lepas main semba kaki tangan gatal2, terus berkudis. Tapi td kak cik suh biarkan Syiqah main semba... Sekarang ni Nani plak yang kna marah, wa!! wa!!.....(menangis dan terus lari ke bilik)
Halim: Yang awak suruh Nani biarkan biarkan Syiqah main pasir kenapa??
Eda: Bila plak Nani ada bgtau Syiqah main pasir??Tadi Nani ckp Syiqah main Simba. Tu pasallah saya srh biarkan. Kalau main pasir xblhlah...
Halim: Yang awak xdgr btl2 tu kenapa??Nani kata semba bukan Simba!
Eda: Semba tu apa??
Halim: Pasir!! Itupun tak tau??
Eda: Kita orang Johorlah!! mana tau cakap Perak!!
Halim:Dah jadi menantu orang Perak, blajo ler sikit2 ckp Perak. Dah 2!! Tak payah bertekak lagi. Bawa anak awak tu masuk bilik air, mandikan ngan Dettol!!

Semba-pasir
Bebay-teddy bear

Dipetik dari berita Harian

Hahaha..moralnya..banyak2 la bergaul ngan org sekeliling..lagi2 ngan warga emas di kampung2 kita kerana tiap "loghat" itu amat bermakna untuk kita generasi moden skrg..tak rugi bermesra, bercakap, join mereka kat madrasah terdekat ngan umah..silap2 haribulan dorang berkenan jdkan menantu..hehe saje jer kita kgsi2..daa~

0 comments: