BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 12, 2009

terdiam sepi..

Bismillah..
Agak sepi, sunyi dan seangkatan dengannya mmg agak sesuai utk carpet cyber diri ini..cetusan idea tidak dapat dicoretkan dek masalah2 yang menimpa, juga kepadatan program yang memerlukan komitmen yang di pertanggungjawabkan serta tugasan masa depan yang blm siap2 sehingga saat ini..

Alhamdulillah..sehingga saat ini Allah masih memberi nyawa yang amat berharga untuk terus beribadah dan membuat kebajikan..syukur Alhamdulillah..Pesta konvokesyen ke-7 berakhir, program2 sampingan berakhir..tp amanah yang dipertanggungjawabkan masih belum dapat disiapkan dengan sempurna..bila difikirkan, terlalu besar dosa untuk dihitung..Ya Allah permudahkan semua urusanku ini..berilah hambamu kekuatan yang sentiasa teguh..kesihatan yang baik dan berpanjangan dan lancarkan segala pergerakanku ini dengan rahmatMu..Ameen..







Wednesday, June 3, 2009

windunya kat rowing..

Tetiba rasa sunyi..

Emm bile kat kampus mcm2 bleh wat..smua benda diri ini msk..huhu..perkara paling best berhitam legam sama2 kawang2 berpanas berhujan bermendung berair dan mcm2 ag ber ber ber.....rindunya semua tue..:'(

MASUM baru je berakhir..tahniahla wat adik2 yang dapat teruskan menghantar wakil acara "rowing" dari USIM..dlu time Varsity Boat Race..diri ini diberi peluang main bot 4-..mmg pulun habis-habisan..training bulan posa xtahannya..huhu mmg satu pengalaman yg xdapat diluahkan dan digambarkan..dahaga&penat Allah je yang tau..tgh2 panas kami turun, naik je darat mst terbaring bagaikan xmakan bertahun..syukurlah negara kita aman damai lagi..bebas dari segala keperitan&kepayahan..itulah yang menguatkan kami tentang erti bersyukur..ha nak citernya berkat kami berusaha kami berjaya memenangi tempat ketiga bg acara 4- women..lawannya UTM, UNIMAS, ANTEANO dari Filipina..hebatla gak..huhu..diri ini mcm besala jd "phaser" (hehe..istilah yg baruku tau untuk rower yg duk dpn..mekacih yea dak sabah yg sudi berkongsi ilmu:-D )..yana rower no.3, kak zeti rower no.2 & the last one, bdk comot+merangkap kembar jd "bow man" yg mana org bertggungjwb bw ktorg bersiar2 kuar line&sebagainya..hahaha..mmg agak dahsyat time 2..

Bayangkan.. diri ini&kak zeti (stroke) terpaksa slow kan kayuhan coz belah kayuhan bdk comot+merangkap kembar (bow) dah xtahan hingga melecet..angin kuat time 2..cian btl ngan dorang..tp kami row main2 jela time tue coz tgk dari segi persaingan kami mmg akan tetap dapat pingat gak walaupun sekadar gangsa..hahaha..hepi tak terkata dah..sesampai je kat grangstand mmg kuat btl diri ini terdgr sorokan yang membina..akhirnya kami sampai gak di garisan penamat..fuhhh penat...
Kesimpulannya..berusahalah bersungguh2 selagi ada daya..windunya ngan rowing..jeles bangat pada adik2 dan kwn2 yang dpt main lagi....zat....jom main lagi..huhu..mekasih tak terhingga jg buat sis yoo rin (kak yana cyg) kami yg mmg xpenah jemu bg smgt..pada senior2 rowing, adik2 junior, pusat sukan USIM dan smua2 la...best rowing ni...walaupun menghitamlegamkan hampir seluruh muka anda..cubalah rasai kehebatannya..hehehe;-)

Wednesday, May 27, 2009

"Biar anak main semba"

Eda dan Halim, pasangan suami isteri muda yang baru mempunyai seorang anak berusia setahun. Pada satu hujung minggu, mereka bercuti di rumah ibu bapa Halim di Perak kerana ada kenduri kesyukuran akan diadakan. Disebabkan mereka sibuk berkemas dan menyediakan makanan untuk kenduri pada malamnya, anak saudara mereka, Nani yang baru berusia 12 tahun diberi tanggungjawab menjaga anak mereka. Setelah kerja mereka selesai...

Halim: Syiqah kat ner??
Eda: Ada kat bwh!
Halim: Sapa jaga??
Eda: Nani, ...tadi Nani ada cakap Syiqah main Simba, bebay anak singa dia tulah.
Halim: Baru kejap ni tadi abang nampak bebay tu ada kat dalam bilik.
Eda: Hai, tadi Nani kata dia main Simba...Jom tengok bwh..
Apabila sampai ke bawah rumah, mereka terkejut...
Halim: Nani!!!! Apasal biar Syiqah main pasir tu??Kamu tengok aje ker??Kang disuapnya ke mulut, entah ada taik kucing ke, taik angsa ke, dalam pasir tu?!
Nani: Tadi Nani dah bgtau Kak Cik yang Syiqah main semba. Kak cik kata biarkan, tu pasallah Nani biarkan je, kalau Nani dulu masa kecik, main semba tentu mak marah, dia tarik telinga sebab selalunya lepas main semba kaki tangan gatal2, terus berkudis. Tapi td kak cik suh biarkan Syiqah main semba... Sekarang ni Nani plak yang kna marah, wa!! wa!!.....(menangis dan terus lari ke bilik)
Halim: Yang awak suruh Nani biarkan biarkan Syiqah main pasir kenapa??
Eda: Bila plak Nani ada bgtau Syiqah main pasir??Tadi Nani ckp Syiqah main Simba. Tu pasallah saya srh biarkan. Kalau main pasir xblhlah...
Halim: Yang awak xdgr btl2 tu kenapa??Nani kata semba bukan Simba!
Eda: Semba tu apa??
Halim: Pasir!! Itupun tak tau??
Eda: Kita orang Johorlah!! mana tau cakap Perak!!
Halim:Dah jadi menantu orang Perak, blajo ler sikit2 ckp Perak. Dah 2!! Tak payah bertekak lagi. Bawa anak awak tu masuk bilik air, mandikan ngan Dettol!!

Semba-pasir
Bebay-teddy bear

Dipetik dari berita Harian

Hahaha..moralnya..banyak2 la bergaul ngan org sekeliling..lagi2 ngan warga emas di kampung2 kita kerana tiap "loghat" itu amat bermakna untuk kita generasi moden skrg..tak rugi bermesra, bercakap, join mereka kat madrasah terdekat ngan umah..silap2 haribulan dorang berkenan jdkan menantu..hehe saje jer kita kgsi2..daa~

Monday, May 25, 2009

Cuba memahami...


Empat pemimpin Umno bahagian Kuala Krai berminat mencabar PAS pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai susulan kematian penyandangnya Ismail Yaacob, Jumaat lalu..Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Khamis ini dan dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi kerusi tersebut...-Malaysiakini

Manek Urai merupakan salah satu tempat yang terdapat di daerah Kuala Krai, Kelantan. Ia terbahagi kepada dua iaitu Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama. Pilihan raya ini merupakan pilihan raya ke tujuh yang diadakan di Malaysia selepas pilihan raya umum ke 12 berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri 5:55 pagi 22 Mei 2009 di Hospital Rja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.

Di pejabat skrg ini, suasana agak "sibuk" almaklumlah misi terbaru tanpa disangka-sangka, "
Pilihan raya Manek Urai 2009".. selepas sarapan, kak Huda& kak Jha pun mengajak diri ini pergi Kuala Krai naik kereta dorang..bukan apa kami pergi ngan kereta sendiri senang skit nk blk..pergi ngan kereta pejabat, silap2 haribulan malam baru merangkak nk blk..huhu..diri ini pun berpeluang la "berjalan2 sambil makan angin" ikut staf ke pejabat Jabatan Hal Ehwal Khas di Kuala Krai..
perjalanan ke Kuala Krai mengambil masa lebih kurang sejam lebih dari Kota Bharu..sesampainya disana, mengemas apa yg patut dulu coz pejabat disana baru je lg..pastu diri ini diberi tugasan mewarna peta..tengoklah "peta" hasil buatan diri ini seharian mewarna guna paint..huhu..tp "comel" gak kan??hehe..terkial-kial gak seposen. Tak penah2 guna paint, mana nk reti..slalu guna yg canggih manggih terus (adobe) hahaha.. Mujurlah pengalaman byk mengajar diri ini...pada pukul 5.15 petang kami bertiga pun pulanglah smula ke opis, 6.30 petang baru smpai..terpaksa diri ini kembali smula opis bukan apa tapi sbbnya moto abah yg ku guna untuk pergi ke opis kutinggalkan disana..Kalau ikutkan hati boleh je diri ini suruh kak Huda yang memandu menghantar pulang coz jalan pulang@pergi mmg kena lalu jalan yg sama ku pergi kerja...Sebenarnya diri ini masih cuba memahami hal2 berkaitan politik..huhu..Soooo begitulah critanya..sampai sini dulu yea..nnt ada maklumat terkini mengenai pilihan raya ini, akan diri ini coret lagi..adioSS..

Saturday, May 23, 2009

kacang soya yang sedapp..

Kacang soya juga dikenali sebagai Glycine max merupakan salah satu daripada 7 “super foods” di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalangan masyarakat Cina.

Kacang soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan. Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-
  • Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.
  • Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.
  • Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.
  • Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkanmasalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.
  • Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.
Walaupun kacang soya memiliki pelbagai ciri yang merangsang kesihatan badan optimum, anda mesti berhati-hati semasa membuat pilihan jenama di pasaran.
Bagaimanakah memilih makanan tambahan kacang soya yang terbaik di pasaran?
  • Mesti memastikan barangan tersebut bebas daripada toksin dan “heavy metals”, bakteria, kulat dan aflatoksin serta racun serangga.

  • Barangan soya sensitif terhadap kontaminasi, jadi mesti diproses di kilang yang diiktiraf HACCP(RvA) dan ISO9001:2000(UKAS), barulah dikatakan selamat dimakan.
  • Pastikan kacang soya adalah bebas daripadaUrinase Enzyme supaya tidak mendatangkan masalah gout.
  • Pastikan nisbah protein kapada karbohidrat adalah di dalam lingkungan 0.6-1.0 supaya tidak menjadikan anda gemuk atau menghasilkan bebanan kepada fungsi ginjal.
  • Pastikan barangan tersebut adalah “wholesome” dan bukan hanya protein soya isolate sahaja.
  • Pastikan ia kaya dengan asid amino perlu, asid lemak omega-3, dan zat kalium.
  • Pastikan ia bebas daripada bahan “thickener” dan perasa tiruan.

Kesimpulannya, kebaikan kacang soya demi kesihatan memang memberangsangkan. Akan tetapi, anda mesti memastikan ciri-ciri keselamatan barangan sebelum ia digunakan untuk jangka panjang.

PESANAN:Pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.

(Kim, Lin-Keong (2005) , Kacang soya & Kesihatan wanita. Majalah Rapi, edisi 1 Oktober 2005, bilangan 29)

khasiat kacang soya untuk wanita..
Khasiat protein kacang soya dapat disamakan dengan dua kali protein daging, empat kali telur, empat kali gandum, lima atau enam kali roti dan dua belas kali susu. Hasil kajian juga mendapati protein kacang soya bukan sahaja tinggi, tetapi baik dari segi kualitinya. Kacang soya dapat membantu keperluan wanita, di antaranya adalah, kacang soya membantu perkembangan otak, mempertingkatkan kadar metabolisme badan seterusnya serat yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

(Erny Hernani Hashim (2005), Khasiat kacang soya untuk wanita. Majalah Rapi, edisi 1 Disember 2005, bilangan 33)

dipetik dari : www.nurcahaya.zoomshare.com

Thursday, May 21, 2009

Kerja dalam satu keluarga..

11.15pagi..perjumpaan bersama Pen. Pengarah pentadbiran dan Kewangan, En. Wan Hussin Wan Yusoff bersama-sama staf bahagian Pentadbiran dan Kewangan seramai 7orang termasuk diri ini..En. Wan ingatkan kembali pada stafnya ttg moto bahagian ini iaitu "Teratur, Kemas, Tepat"..

Wah agk dingin suasana perjumpaan..emm besala mcm2 isu yg dinyatakan, dibangkitkan, dihuraikan..pjg lebar..semua masalah dibincangkan bersama agar pelbagai permasalahan dapat segera diselesaikan..Sedikit peringatan diberikan pada kami semua..."kita hendaklah bekerja dalam satu keluarga, saling tolong-menolong atr satu sama lain, saling hormat-menghormati"...mmg mcm2 bila kita dlm suasana alam pekerjaan yg sebenar..amat berbeza walau ada persamaan gak..dlm meting bersama rakan2 kita msh blh bergurau senda dan bermain..tp kenala ingat jg Syaidina Ali ada berpesan, " Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah kamu seperti kamu akan mati esoknya."...So janganlah asyik bermain je..

Dipenghujung pertemuan, diri ini diberi peluang bercakap..hah peluang baik. Masa yg ku tunggu2...hehehe..adala sikit kata2 yg terkeluar dr mulut ini..nk tau?? rahsia alam..huhu

Selepas itu, khoje ku mcm hari2 sebelumnya...

Tuesday, May 19, 2009

Emm..

Bismillah..
Seperti biasa diri ini menjalankan rutin harian di tmpt praktikal..pg2 diri ini akan "merehatkan" diri seketika sbbnya dh mmg xdop kijer..huhu..krja diri ini pg2 mestilah mengadap komputer, bc surat khabar, makan..hahaha..pastu barula bermula kerja. Hari nie, diri ini disuruh merekodkan data staff guna excel..lagi?? failing..lagi?? diberi penerangan dalam bab D yang menceritakan ttg tata kelakuan & tatatertib bg seorang penjawat awam..hah segar mata ini mendengarnya..

Kul 5 petang mcm besala xsmpt2 nak blk..huhu..diri ini bersiap sedia utk naik moto..pitt pitt..hai "mamat" mana plak ni..ishh, dia tgur diri ini..adoii bab ni la yg xtahan..diri ini jawab ala kadar sdh..em yang diri ini plg germnya dia ikt plak. Katanya, umh nenek dia dkt ngan umh kwsn umahku..maknanya adalah dia duk tny2 sebelum ni..adoila..em mcm2 btl "mamat kastam" sorang ni..memecutla diri ini bw moto..huhu bahaya2..so kesimpulannya kt sini..jagala diri baik2..doakan diri ini selamat slalu..:-I moga2 hari mendatang xdela org duk ganggu lg Ameen..risau gak..hukhuk